Wednesday, March 26, 2014

Esok merupakan hari pertama peperiksaan akhir bagi semester ke-2.
Bagiku usaha yang telah aku buat tidak memadai untuk menghilangkan rasa gemuruhku.
Perasaanku bercampur baur pada ketika ini.
Aku takut jikalau nanti aku harus mengulangi subjek pada semester depan.
Aku cuma mengharap dan berdoa agar urusanku untuk menjawab peperiksaan berjalan dengan lancar.
Moga2 tiada paper yang akan di repeat pd sem akan datang.
Dan aku berharap dapat berada dalam senarai dekan yang aku impikan selama ini.
Aku ingin membuat ibu bapa ku bangga dengan ku.
Tetapi, andai kata nasib tidak menyebelahi ku,
Aku akan cuba menerima dengan reda.
Aku akan anggap ini semua setimpal dengan usahaku yang sedikit itu.
Aku akan anggap ini takdir Allah kepada ku.
Kerana aku tahu Allah menguji aku sebegini kerana aku mampu mengharunginya.